Dekat Windows 10 ada 2 format kalendar kita boleh pilih; Kalendar Gregorian dan kalendar Hijri.
Kalendar yang PC selalu guna dan kita tengok tiap hari ialah Gregorian manakala kalendar Hijri lebih dikenali di kalangan Muslim atau negara-negara Islam.
Kalau korang nak tukar ke kalendar Hijri, mula-mula buka 'Settings' dekat start menu atau tekan butang 'Start/windows+i' dan pilih 'Time & Language' macam gambar dekat bawah ni.
Dalam Time & Language, cari 'Date, time, & regional formatting' di sebelah kanan window.
Skrol sehingga ke bahagian bawah page ini dan klik pada 'Change data formats'.
Terakhir, pilih kalendar Hijri daripada menu senarai kalendar. Windows korang sekarang akan tunjuk kalendar baru.