Ada 2 cara yang aku tau setakat ini, tak pastilah kalau ada lagi selain 2 ni.
Cara pertama ialah dengan menekan butang F8 selepas restart PC. Lepas ja keluar brand motherboard atau bunyi beep masa PC baru pasang atau restart, boleh spam tekan F8 sampai keluar menu untuk masuk Safe Mode.
Kebanyakan PC guna butang ni, mungkin ada brand atau model tertentu yang guna butang lain dan korang kenalah semak sendiri dekat internet.
Cara kedua ialah melalui System Configuration Utility. Cara ni kita buat masa PC memang dah turned ON.
Taip dekat start msconfig dan tekan enter.
Pergi dekat tab Boot dan klik kotak Safe Boot macam dalam gambar bawah.
Klik OK dan restart PC.
Peringatan
Selepas masuk ke Safe Mode, jangan lupa 'Undo' cara kedua ni sebab nanti PC mungkin akan berulang masuk ke Safe Mode lagi.