'Paksa' Youtube sentiasa mainkan High Quality: Hentikan Auto Quality (PC)

Jika anda sering menonton YouTube seperti saya, saya rasa anda juga mengalami situasi ini. Setiap kali menekan video baru, kita perlu mengubah kualiti video yang kita suka. Sangat leceh! Mengharapkan tetapan "Auto" kadang-kadang menyebabkan kualiti video menurun walaupun kelajuan internet sudah cukup laju.

Oleh itu, hari ini saya ingin berkongsi satu browser extension yang boleh "memaksa" YouTube anda untuk memilih dan mengekalkan kualiti yang anda inginkan. Nama extension ni ialah Improve Youtube!.

Boleh download daripada URLs di bawah:

Improve Youtube! untuk Firefox

Improve Youtube! untuk Chrome

Cara guna extension ni:

  1. Klik extension Improve YouTube! dan anda akan melihat banyak butang. Pilih "Player".
  2. Di bawah "Player", skrol ke bawah sedikit sehingga anda menjumpai "Quality".

Boleh rujuk gambar di bawah jika kurang faham. 

Youtube sentiasa mainkan High Quality

Please remember that your comments are your own responsibility. I encourage respectful and constructive discussions. I welcome feedback, including criticism and corrections, and I reserve the right to moderate or remove any comments that are deemed inappropriate, offensive, or spammy.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post