Jika anda menghadapi masalah dengan sambungan Wi-Fi atau ingin mengembalikan tetapan rangkaian ke keadaan asal, anda boleh melakukannya menggunakan Command Prompt. Berikut adalah langkah-langkah mudah untuk mereset Wi-Fi ke tetapan kilang (factory settings).
Langkah 1: Buka Command Prompt sebagai Pentadbir (Administrator)
- Tekan butang Windows(Start)+X.
- Pilih Command Prompt (Admin) atau Windows Powershell (Admin).
Langkah 2: Reset TCP/IP Stack
TCP/IP Stack adalah komponen penting untuk sambungan internet. Untuk meresetnya, taipkan arahan berikut dan tekan Enter:
netsh int ip reset
Langkah 3: Reset Winsock Catalog
Winsock Catalog mengawal cara komputer anda berkomunikasi dengan perkhidmatan rangkaian. Untuk meresetnya, taipkan arahan berikut:
netsh winsock reset
Langkah 4: Padam Semua Profil Wi-Fi yang Disimpan
Untuk memadam semua rangkaian Wi-Fi yang pernah anda simpan, gunakan arahan ini:
netsh wlan delete profile name=*
Langkah 5: Restart Komputer
Anda perlu memasukkan semula kata laluan untuk menyambung semula ke rangkaian Wi-Fi selepas reset dilakukan.